Thursday, September 4, 2008

Riang ria bersama 2 Kenanga
Kelas Form 2 yang gempak sekali
Alahai buat-buat tak kenallah pula
Kelas yang selalu menang kebersihan seminggu sekali

Orangnya manis cantik sekali
Memberi ilmu setiap hari
Itulah dia bonda kami
Puan Noradzliona empunnya diri

Ketua kelas jawatan diberi
Bertanggungjawab serta dedikasi
Seorang yang gile dan baik hati
Itulah Lam Kah Mun nama diberi

Nak dengar tak cerita pasal dia
Thaigelia itulah namanya
Assistant monitar itulah tugasnya
Kelas bising buat tak heran saja

Bendahari jawatan diberi
Bagaikan Ah Long dikelas kami
Selalu kutip duit dari kami
Haha inilah Samantha empunya diri

Shun-Zi dan Chui Yee member rapat sekali
Sentiasa bersama ke mana sahaja
Suka merayau kesana kemari
Kena tangkap padan muka

Orangnya sederhana,comel sekali
Bab jadual bertugas payah sekali
Menang kebersihan gara-gara dia ni
Itulah Loh Li Yan ketua kebersihan kami

Duduk berdua suka bersenda
Itulah Mey dan Hashwani namanya
Time nak periksa baru nak baca
Keluar result lawa-lawa belaka

Amirah Natasha nama diberi
Tapi perangai macam lelaki
Kalau marah macam Bruce Lee
Tapi tetap perempuan sejati

Budak ni kecil di kelas kami
Kecil tapi menawan hati
Nurul Nurain nama diberi
Tapi awas! kecil-kecil cili padi

Itulah dia si anak dara
Kemana berjalan selalu bersama
Chia Shin dan Pui Pui itulah dia
Bab kerja sekolah no satu punya

Inilah Choy Yun namanya
Kalau ketawa susah gile
Sekali pandang orang tertanya-tanya
Boleh dihantar ke Hospital Bahagia

Lam Pei Qi budak tinggi sekali
Kerjanya senyap setiap hari
Man Xi ketua pengawas sekolah kami
Bila naik angin buruk sekali

Siti dan ngesh sahabat sejati
Selalu bersama kemana sahaja
Shanmathi dan Mira atlet kami
Bila lari macam LRT

Dua budak ni duduk bersama-sama
Yoke Pui dan Stephanie itulah dia
Fatin dan Felicia empunya nama
Nak kata pandai boleh juga

Shastini dan Kong Kah Mun rapat sekali
Orang pendiam,rajin sekali
Sekali tengok sakit hati
Dua kali tengok sakit hati

Sekian saja seloka saya ini
Nama yang tiada jangan marah lagi
Sebelum Mey nak undur diri
Salah dan silap harap dimaafi.

Mey

No comments: